Berbahasa Dengan Anak
“Adik? Nak mamam? Nak mamam ye!”
Aduhai…
Ralat. Bengang. Serabut.
Itulah perasanku ketika aku mendengar ungkapan ini diucapkan kepada anakku yang sedang aktif meniru percakapan dan pertuturan.
Adakah terlalu susah untuk menyebut perkataan “makan” di hadapan anak yang sememangnya ALLAH jadikan sangat mudah meniru dan belajar?
Jangan pandang rendah anak-anak yang berusia sangat muda ini (0-3 tahun). Bahkan inilah umur di mana kadar pembelajaran adalah sangat laju walaupun sebenarnya cara belajar mereka adalah berbeza dengan cara orang dewasa belajar. Kita membaca dan kita menulis; mereka bermain dan mereka meniru.
Umur itu bahkan kita boleh terapkan dengan perkara-perkara penting yang seringkali kita tidak menyangka mereka boleh menangkapnya. Contohnya, menghafal 30 surah dari al-Qur’an sebelum berusia 3 tahun.
Jika kita bertutur dengan bahasa pelat, kelak mereka akan bertutur pelat juga. Tetapi sekiranya kira berbicara dengan bahasa yang lengkap dan indah dengan mereka, jangan terkejut jika mereka petah bertutur dalam usia yang muda. Itulah anugerah yang ALLAH berikan kepada kanak-kanak kecil; bahkan merekalah anugerah kepada ibubapa mereka.
Post yang berjudul "Berbahasa Dengan Anak" telah ditulis oleh:

aa.nak test kat siapa ek?anak jiran ada tak?haha.