Assassin

Watak Game (Permainan)

Cuba fikir…

Kalau anda seorang pereka game komputer. Dan anda telah mereka watak-watak yang hebat. Mempunyai 101 macam kebolehan. Tetapi apabila game tersebut dimainkan watak tersebut tidak bertindak menurut apa yang anda kehendaki. Bahkan ia melakukan perkara yang bertentangan dengan tujuan asal ia dicipta…

Apakah anda akan buat dengan watak tersebut?
Adakah anda akan mendeletenya?
Ataukah anda akan menggantikannya dengan yang lebih baik?

Cuba gantikan watak tersebut dengan diri anda…

Ketahuilah bahawa ALLAH telah menciptakan kita dengan tujuan menyembah dan tunduk pada-NYA. Alangkah tidak layaknya kita mengingkari tujuan kejadian kita.

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” al-Qur’an, adz-Dzaariyaat (51):56

Ayat di atas barangkali selalu kita dengar dan baca… Tetapi adakah kita menghayatinya?

Renungilah juga ayat daripada al-Qur’an, al-Qalam (68): 44-45:

ذَرْنِي وَمَن يُكَذِّبُ بِهَذَا الْحَدِيثِ سَنَسْتَدْرِجُهُم مِّنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ, وَأُمْلِي لَهُمْ إِنَّ كَيْدِي مَتِينٌ
“Maka serahkanlah (ya Muhammad) kepada-Ku (urusan) orang-orang yang mendustakan perkataan ini (Al Qur’an). Nanti Kami akan menarik mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui, dan Aku memberi tangguh kepada mereka. Sesungguhnya rencana-Ku amat teguh.”

ALLAHU a’lam.

Post yang berjudul "Watak Game dan Perekanya" telah ditulis oleh:

'Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi

Comments

comments

Powered by Facebook Comments