source

Bila bersyukur, ALLAH tambahkan...

Kebahagiaan menjadi pendorong untuk seseorang itu melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.

Kebiasaannya manusia menganggap kebahagiaan itu hadir setelah tercapainya cita-cita kita. Namun ini silap. Kerana cita-cita kita akan terus berubah dan berubah setelah kita mencapainya. Lalu kebahagiaan itu akan sentiasa berada di sebalik horizon cita-cita kita.

Seharusnya kita terbalik penetetapan minda ini. Iaitu dengan kita harus menghadirkan kebahagiaan dahulu, sehingga bahagia itu menyebabkan kita semakin fokus dan cekap melaksanakan kerja dan tugasan.

Kebahagiaan itu sangat terkesan oleh tahap kesyukuran kita. Masakan tidak, ALLAH menyebut di dalam al-Quran:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”.”
al-Quran, Ibrahim (14):7

Sesungguhnya kesyukuran kita kepada ALLAH tidak lain dan tidak bukan untuk kita jua. Bahkan ini ditegaskan oleh Nabi Sulaiman sepertimana yang disampaikan ALLAH kepada kita melalui al-Quran:

وَمَن شَكَرَ فَإِنَّمَا يَشْكُرُ لِنَفْسِهِ ۖ

“…Dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri,…” (27:40)
al-Quran, An-Naml (27):40

Oleh itu demi kita mencapai cita-cita yang agung, iaitu beroleh redha dan rahmat ALLAH di dunia ini dan di akhirat, marilah kita bersyukur.

Di samping itu, kita juga akan beroleh kesan sampingan yang hebat, iaitu daya kerja kita insyaALLAH akan meningkat.

Aktiviti

Untuk memacu diri kita maju dengan sehebat-hebatnya, marilah kita sama-sama laksanakan aktiviti di bawah ini:

  1. Tulis 3 perkara yang anda rasa anda bersyukur kerana mendapatnya. Lakukan sekarang.
  2. Ulang setiap hari selama tempoh 2 minggu.

Anda boleh menggunakan borang ini sebagai panduan: Borang 3 Kesyukuran

Jika rakan-rakan merasakan berlakunya suatu perubahan yang baik pada diri, sila kongsikan bersama-sama di sini.

Terima kasih buat anda semua. (“,)

Post yang berjudul "Tiga Kesyukuran" telah ditulis oleh:

'Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi

Comments

comments

Powered by Facebook Comments