About Me

Bapa saya telah menamakan saya dengan nama ‘Umayr Sayfurrahman. Sempena sahabat nabi yang bernama ‘Umayr bin Wahb. Abah menamakan saya ‘Umayr kerana tertarik pada perwatakan ‘Umayr bin Wahb yang tidak berlengah di dalam berjihad. Lalu saya juga berharap akan menjadi seperti itu. Tidak berlengah dan tidak ragu.

Di antara perkara yang saya rasa menjadi sebahagian besar dari identiti diri saya adalah Sek Islam Hidayah. Di sanalah saya telah dididik oleh guru-guru saya. Di sanalah telah dipancangkan asas-asas Islam dalam diri saya. Kini saya bukan sekadar alumni Sekolah Hidayah, akan tetapi saya juga guru di sini.

Bila berbicara tentang dakwah, pasti seseorang itu tidak akan lari dari menyebut gerakan-gerakan Islam di mana-mana jua pun. Ya, ada manusia yang cukup hebat, lalu dia mampu untuk mengesani ribuan manusia dengan izin ALLAH walaupun hanya dengan kekuatan peribadinya sahaja. Namun, saya bukanlah orang seperti itu, atau ALLAH masih belum jadikan saya seperti itu. Lalu bila saya bicara tentang dakwah sepastinya saya akan menyebut gerakan yang telah menjadi bahagian kehidupan saya sejak saya lahir. Itulah IKRAM. Di sinilah telah dibakar semangat dakwah Islam di dalam jiwa saya yang serba kurang ini. Di sinilah saya diasuh untuk menyantuni manusia dan diajar bahawa Islam itu lebih dari sekadar ibadah yang dikhususkan ALLAH. Di sinilah saya ditarbiah bahawa orang yang beriman itu berjihad dengan jiwa dan hartanya setelah ia beriman kepada ALLAH. Dan di sinilah saya diberikan ruang dan peluang berbakti untuk Islam demi meraih keuntungan akhirat.

Inilah blog yang menceritakan tentang perkara-perkara yang saya rasakan penting. Saya teringin agar ada jariah yang mampu saya “claim” kelak dengan ALLAH, kerana saya tahu diri saya ini tidaklah sehebat mana. Saya mahu agar ada sekurang-kurang satu aset saya yang boleh tuntut keuntungannya kelak di akhirat. Jadi inilah usaha saya.

Apa yang baik cuba sebarkan.
Apa yang silap sila betulkan.
Apalah yang rugi beriman sejenak,
Ganjarannya nanti di kiamat kelak.

Note:

Blog ini adalah blog dwibahawa saya. Boleh jadi saya gunakan bahasa Melayu di dalam satu utusan dan boleh jadi saya gunakan bahasa inggeris dalam utusan yang lainnya.

Post yang berjudul "About Me" telah ditulis oleh:

'Umayr Sayfurrahman bin Ainullotfi

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Go to Top