Islam
Everything related to Islam
Kasih Khaulah
“Abang?” ujar Khaulah, hairan. “Kenapa pandang macam tu?”
“Heh, takde lah. Cuma pagi ni Abang tengok Sayang macam cantik semacam.” Arman mengucup dahi isterinya.
Senyuman Khaulah semakin mekar, “Ada-ada je la Abang ni.”
“Abang, Khaulah pergi sekolah dulu ya.” Khaulah menghulurkan tangan untuk mengucup tangan suaminya.
“Baik Sayang, pandu baik-baik ya.”
Arman menunggu di pintu sambil melihat Khaulah pergi. Mindanya mengelamun terkenang tuah diri.
Masakan tidak? Sesiapa yang menjadi suami Khaulah pasti bertuah. Solehah, warak, sangat menjaga batasan agama dan sepastinya seorang guru yang dikasihi anak-anak didiknya.
Ya, di sekolah Khaulah, siapa yang tidak mengenali Ustazah Khaulah. Ustazah yang begitu mengambil berat tentang perkembangan anak-anak didiknya. Isterinya itu sanggup meluangkan masa tanpa berbayar untuk memastikan anak-anak didiknya kenal siapa itu ALLAH. Tidak kira malam mahupun siang.
Kalau anak murid dijaganya begitu, apatah lagi suami, yang seharusnya lebih rapat di jiwa isteri.
Arman tahu, Khaulah suka untuk apabila suaminya memimpin solat. Isterinya itu selalu berlumba menjadi orang yang pertama mengajak solat bila tiba waktunya. Khaulah juga tidak pernah lupa untuk membentangkan sejadah buat suaminya.
Ya, memang aku bertuah. Itulah rasa hati Arman. Sehingga aku tidak layak menjadi suaminya seandainya dia tahu siapa aku yang sebenar.
(more…)
Kau Buat Tak?
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَPatutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَWahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
Ya ALLAH! Jadikan kami ini orang yang apabila berbicara, bukan bicara palsu dan apabila berjanji, bukan janji palsu. Janganlah pula engkau jadikan kami ini munafiq, akan tetapi masukkanlah kami dalam golongan hamba-Mu yang beriman dan bertaqwa.
Bila Membaca Surat Cinta Dari Tuhan
Apatah lagi dalam keadaan diri saya ini sebentar beramal seperti orang baik, sebentar lagi berpaling semula.
Lantas timbul persoalan dari manakah atau dari sumber apakah boleh ku dapati piawai untuk ku tentukan di mana diriku di atas sekala fasiq-taqwa.
Dari mana lagi dapat ku dapati melainkan dari sumber yang paling agung, iaitu al-Quran. Utusan cinta tuhan buat hambanya yang mahu mendengar.
إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَذِكْرَىٰ لِمَن كَانَ لَهُ قَلْبٌ أَوْ أَلْقَى السَّمْعَ وَهُوَ شَهِيدٌSesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar pada masa membacanya), atau yang menggunakan pendengarannya dengan bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya.
Maka siapakah yang beriman?
Taqwa dan Leka
- Ibadahku semakin kurang.
- Kelekaanku semakin bertambah.
- Aku menjadi sukar untuk menerima teguran.
- Aku menjadi suka melengahkan tugasan.
- Aku tatkala disebutkan tentang iman, syurga dan neraka, aku berpaling dan menutup diriku daripada mendengar.
Namun apabila aku berusaha menjadi manusia bertaqwa serta menjaga amal ibadah peribadiku, aku dapati:
- Aku jadi jelek dengan diriku yang berperangai seperti di atas.
- Aku hairan kenapa aku boleh melengahkan diri untuk ke masjid, lalu aku percepatkan.
- Aku terasa sayang kepada al-Quran dan rindu pada yang menurunkannya serta yang menyampaikannya.
- Aku terbayang syurga, lalu aku ingin memasukinya.
- Aku menangis ketika terbaca ayat-ayat akibat kufur dan neraka.
- Jika dikisahkan tentang ar-Rasul (saw), hatiku diruntun rasa kerinduan yang amat.
Betapa jauh beza diriku antara ku ikut nafsuku atau ku ikut imanku, lantaran itu aku berdoa agar Allah berikanku petunjuk dan menetapkan hatiku sesudah hidayah itu.
Bahkan itulah tarbiah Allah untuk ku agar ku biasakan mengingatinya. Sehingga ku mampu istiqamah dan berjaya.
Ingatlah Solat
ALLAH telah berfirman:
وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
“(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”
Ayat-ayat ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah di dalam bahagian di mana ALLAH mengungkit kepada Bani Israil tentang betapa ALLAH telah banyak memberi nikmat pada mereka, maka mereka hendaklah tunduk kepada ALLAH yang Maha Kuasa.
(more…)
Our Tongues; Our Fall
0
Why do we live in a world that has people who speak viciously of one another?
Have they not read, heard and understood the ayat of the Qur’an:
…and do not spy upon one another, and neither allow yourselves to speak ill of one another behind your backs. Would any of you like to eat the flesh of his dead brother? Nay, you would loathe it!” (49:12)
Let us not become those have eyes, ears and hearts but do not use them.
And most certainly have We destined for hell many of the invisible beings and men who have hearts with which they fail to grasp the truth, and eyes with which they fail to see, and ears with which they fail to hear… (7:179)
Liar
3I feel like a liar.
To recite the istighfar,
Yet not that long after,
Foremost in my thoughts,
Are maksiah to al-Ghaffar.
So then when I say my istighfar,
Does not that make me a liar?
Destined for hell in the hereafter?
Of ALLAH’s mercy, I can only hope…
If not for that belief, I cannot cope.
May ALLAH forgive me of my sins,
And of words I utter and the lies within.
“Kalaulah Aku Bekerja Pada Malam Itu…”
0Andaikan biasanya saudara perolehi gaji RM10 untuk setiap jam saudara bekerja pada waktu malam. Tiba-tiba pada suatu malam dalam satu tahun itu, majikan saudara menawarkan gaji sebanyak RM600,000 sejam untuk kerja yang sama yang saudara selalu buat setiap malam. Adakah saudara akan berusaha dengan lebih lagi pada malam tersebut? (more…)
Kuasa Penggandaan
0
Seorang eksekutif pemasaran yang bijak tidak akan menjual satu-satu barang hanya dengan kudrat dirinya sendiri.
Apa yang saya maksudkan?
Maksud saya ialah seorang eksekutif pemasaran yang bijak akan berusaha untuk satu-satu mesej pemasarannya itu juga dibawa dan disampaikan oleh orang lain. Cuba bayangkan:
- Eksekutif tersebut menyampaikan satu mesej yang mudah,
- kemudiannya diambil oleh orang yang mendengarnya atau melihatnya
- dan disampaikan pada yang lain,
- yang kemudian mengulangi langkah 2 di atas dan seterusnya.
- Akhirnya manfaat akan pulang pada eksekutif pemasaran tersebut tanpa perlu dia melakukan kerja-kerja yang berulang dan berulang dan berulang.
Mari kita perhatikan apa yang dia perolehi. (more…)







