'Ibadah

Taqwa dan Leka

Hamba ALLAH yang dekat pada-Nya ialah mereka yang bertaqwa.

Bila aku melakukan maksiat, aku perasan beberapa perkara:

  1. Ibadahku semakin kurang.
  2. Kelekaanku semakin bertambah.
  3. Aku menjadi sukar untuk menerima teguran.
  4. Aku menjadi suka melengahkan tugasan.
  5. Aku tatkala disebutkan tentang iman, syurga dan neraka, aku berpaling dan menutup diriku daripada mendengar.

Namun apabila aku berusaha menjadi manusia bertaqwa serta menjaga amal ibadah peribadiku, aku dapati:

  1. Aku jadi jelek dengan diriku yang berperangai seperti di atas.
  2. Aku hairan kenapa aku boleh melengahkan diri untuk ke masjid, lalu aku percepatkan.
  3. Aku terasa sayang kepada al-Quran dan rindu pada yang menurunkannya serta yang menyampaikannya.
  4. Aku terbayang syurga, lalu aku ingin memasukinya.
  5. Aku menangis ketika terbaca ayat-ayat akibat kufur dan neraka.
  6. Jika dikisahkan tentang ar-Rasul (saw), hatiku diruntun rasa kerinduan yang amat.

Betapa jauh beza diriku antara ku ikut nafsuku atau ku ikut imanku, lantaran itu aku berdoa agar Allah berikanku petunjuk dan menetapkan hatiku sesudah hidayah itu.

Bahkan itulah tarbiah Allah untuk ku  agar ku biasakan mengingatinya. Sehingga ku mampu istiqamah dan berjaya.

Ingatlah Solat

Sujud itu lambang ketundukan pada yang Maha Berhak atas Ketundukan

ALLAH telah berfirman:

وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَارْكَعُوا مَعَ الرَّاكِعِينَ
أَتَأْمُرُونَ النَّاسَ بِالْبِرِّ وَتَنسَوْنَ أَنفُسَكُمْ وَأَنتُمْ تَتْلُونَ الْكِتَابَ ۚ أَفَلَا تَعْقِلُونَ
وَاسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ وَإِنَّهَا لَكَبِيرَةٌ إِلَّا عَلَى الْخَاشِعِينَ
الَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَاقُو رَبِّهِمْ وَأَنَّهُمْ إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

“Dan dirikanlah kamu akan sembahyang dan keluarkanlah zakat, dan rukuklah kamu semua (berjemaah) bersama-sama orang-orang yang rukuk.
“Patutkah kamu menyuruh manusia supaya berbuat kebaikan sedang kamu lupa akan diri kamu sendiri; padahal kamu semua membaca Kitab Allah, tidakkah kamu berakal?
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk;
“(Iaitu) mereka yang percaya dengan yakin bahawa mereka akan menemui Tuhan mereka, dan bahawa mereka akan kembali kepadaNya.”

Surah Al-Baqarah (2):43-46

Ayat-ayat ini adalah sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran di dalam surah al-Baqarah di dalam bahagian di mana ALLAH mengungkit kepada Bani Israil tentang betapa ALLAH telah banyak memberi nikmat pada mereka, maka mereka hendaklah tunduk kepada ALLAH yang Maha Kuasa.
(more…)

JB Solat Times

0

This is an easy way of connecting and seeing the times for solah just in case you forgot. 

So link up this page. Who knows. You might find it useful one day.

Cheerio!

Go to Top