Motivation

Tiga Kesyukuran

source

Bila bersyukur, ALLAH tambahkan...

Kebahagiaan menjadi pendorong untuk seseorang itu melaksanakan sesuatu tugas dengan baik.

Kebiasaannya manusia menganggap kebahagiaan itu hadir setelah tercapainya cita-cita kita. Namun ini silap. Kerana cita-cita kita akan terus berubah dan berubah setelah kita mencapainya. Lalu kebahagiaan itu akan sentiasa berada di sebalik horizon cita-cita kita.

Seharusnya kita terbalik penetetapan minda ini. Iaitu dengan kita harus menghadirkan kebahagiaan dahulu, sehingga bahagia itu menyebabkan kita semakin fokus dan cekap melaksanakan kerja dan tugasan.
(more…)

Taqwa dan Leka

Hamba ALLAH yang dekat pada-Nya ialah mereka yang bertaqwa.

Bila aku melakukan maksiat, aku perasan beberapa perkara:

  1. Ibadahku semakin kurang.
  2. Kelekaanku semakin bertambah.
  3. Aku menjadi sukar untuk menerima teguran.
  4. Aku menjadi suka melengahkan tugasan.
  5. Aku tatkala disebutkan tentang iman, syurga dan neraka, aku berpaling dan menutup diriku daripada mendengar.

Namun apabila aku berusaha menjadi manusia bertaqwa serta menjaga amal ibadah peribadiku, aku dapati:

  1. Aku jadi jelek dengan diriku yang berperangai seperti di atas.
  2. Aku hairan kenapa aku boleh melengahkan diri untuk ke masjid, lalu aku percepatkan.
  3. Aku terasa sayang kepada al-Quran dan rindu pada yang menurunkannya serta yang menyampaikannya.
  4. Aku terbayang syurga, lalu aku ingin memasukinya.
  5. Aku menangis ketika terbaca ayat-ayat akibat kufur dan neraka.
  6. Jika dikisahkan tentang ar-Rasul (saw), hatiku diruntun rasa kerinduan yang amat.

Betapa jauh beza diriku antara ku ikut nafsuku atau ku ikut imanku, lantaran itu aku berdoa agar Allah berikanku petunjuk dan menetapkan hatiku sesudah hidayah itu.

Bahkan itulah tarbiah Allah untuk ku  agar ku biasakan mengingatinya. Sehingga ku mampu istiqamah dan berjaya.

Duit

“Kalaulah Aku Bekerja Pada Malam Itu…”

0
Duit

Aku ada duit!

Andaikan biasanya saudara perolehi gaji RM10 untuk setiap jam saudara bekerja pada waktu malam. Tiba-tiba pada suatu malam dalam satu tahun itu, majikan saudara menawarkan gaji sebanyak RM600,000 sejam untuk kerja yang sama yang saudara selalu buat setiap malam. Adakah saudara akan berusaha dengan lebih lagi pada malam tersebut? (more…)

Berbahasa Dengan Anak

3

Assalamu 'alaykum? Apa khabar?

“Adik? Nak mamam? Nak mamam ye!”

Aduhai…

Ralat. Bengang. Serabut.

Itulah perasanku ketika aku mendengar ungkapan ini diucapkan kepada anakku yang sedang aktif meniru percakapan dan pertuturan.

Adakah terlalu susah untuk menyebut perkataan “makan” di hadapan anak yang sememangnya ALLAH jadikan sangat mudah meniru dan belajar? (more…)

Bacalah...

Bagaimana Mematangkan Anak?

0

Bacalah...

Bacalah Dengan Nama Tuhanmu...

Sering kali seorang ayah itu menggelengkan kepala melihat anaknya yang kelihatan tidak seperti umurnya. Berperangai seakan-akan jauh lebih muda dari usianya yang sebenar.

Alangkah baiknya jika anak tersebut mempunyai perasaan bertanggungjawab, mempunyai inisiatif yang tinggi dan menyimpan cita-cita yang hebat.

Alangkah bangganya jika anak tersebut mempamerkan ciri-ciri seorang pemimpin, keyakinan seorang yang berilmu bahkan ketinggian akhlaq seorang yang beriman.

(more…)

Family and Marriage Stories

0

I am a sucker for stories about family.

For instance:

Ahahaha! I just listened to that song. I got interested. Then I went looking for the summary of the story.

I got hooked. (more…)

KBM SMK Bintulu

0

“Hargailah pemberian sesiapa sahaja walaupun sekelumit…” ujar Pak Long, menggalakkan anak-anak buah KBM kami untuk tampil ke hadapan berkongsi kisah.

“Saya memohon maaf sekiranya saya berkasar…” ucap seorang pelajar Kasih SMK Bintulu ini dengan penuh rasa insaf dan berharap dimaaf.

“Di sini saya ingin meminta maaf, kalau saya ada terkasar bahasa.” Pengerusi PPI SMK Bintulu.

Itulah antara beberapa patah kata yang diucapkan peserta baru beberapa ketika yang lalu.

Kami kini sedang mengendali slot In-Team KBM untuk adik-daik yang begitu kami kasihi dan sayangi. Begitu sekali kami memujuk dan merayu mereka untuk berkongsi. Betapa mengawal dan memujuk manusia ini merupakan satu kemahiran tersendiri.

Laa Tahzan

3

Ini buat rakan-rakanku yang berasa sedih mahupun kecewa. 

Sahabat, ingat tak suatu ketika dahulu, ALLAH mencipta kita…

Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (Mafhum Surah al-Mukminuun: 14 – link)

…dan sungguh dia menciptakan kita sebaik-baik kejadian.  Lengkap segalanya. Tangan kita. Kaki kita. Mulut kita. Lidah kita. Ya, bahkan kalbu dan perasaan kita seluruhnya Dia ciptakan. 

Dialah yang melengkapkan diri kita dengan perasaan. Gembira. Riang. Ceria. Semuanya penghias jiwa. Tanpa semua perasaan itu jiwa yang tak mampu merasai kehidupan ini. Kita tak mampu simpati pada sahabat kita. Kita tak mampu menyangi keluarga kita. 

Tetapi denganya juga kita rasa derita. Kita sedih.  Kita rasa kecewa. Kita terasa siksa jiwa yang diruntun ujian demi ujian. 

Kenapa Dia ciptakan perasaan ini? Pastinya bukan untuk menyiksa sanubari kita. Seharusnya lebih tepat sebagai pendidik buat kita. Kita lupa mudah lupa apa yang kita senang dan selesa dengannya. Tapi kita akan ingat pelajaran dari keperitan dan kepayahan. 

Sahabat, sememangnya ALLAHlah yang menciptakan perasaan kecewa. Tapi tidaklah Dia membebankan penyebab kecewa itu lebih dari apa yang mampu kita tanggung. Bahkan Dia sebutkan dengan kalamNya yang suci…

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya… (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 – link)

…bahkan dia ajarkan juga do’a untuk kita pohonkan padaNya tatkala terasa beban yang kita bawa…

…(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir.  (Mafhum Surah al-Baqarah: 286 – link)

Sahabat… Ketahuilah, sesudah kesusahan itu kesenangan. ALLAH tidak menciptakan kesusahan, melainkan setelah kita mengharunginya ada kesenangan. Bukan itu sunnahNya? 

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Mafhum Surah al-Insyirah: 5-6 – link)

Sahabat. Tatkala engkau bersedih… Ingatlah ALLAH. Bertaubatlah. Mohonlah keampunan. Barangkali ada dosa yang kita lakukan yang menyebabkan gundah. Gusar. Hati tidak tenteram. 

Mohonlah sesungguh-sungguhnya kepadaNya. Hadapkan keperluan dan perhatian kau padaNya. Bukakanlah jiwa dan raga kau pada Dia Yang Maha Pendengar. 

Solatlah sekhusyuknya. Ingatlah Dia jua al-Qadir. Yang Maha Menentukan. Harapkan sebaik, insyaALLAH Dia kan memberikan kebaikan buatmu. 

…Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia. (Mafhum Surah ar-Ra’d: 28 – link)

Sahabat. Jalan ALLAH jualah jalan yang membawa ketenangan. Bukankah apabila bersandar pada sesuatu yang kuat itu mendatangkan perasaan tenteram? Bahkan ALLAHlah sebaik-baik sandaran, lantaran Dialah yang Paling Perkasa (al-‘Aziz), juga Paling Kuat (al-Qawiy) serta dia jugalah yang Empunya Kemuliaan (Dzul Jalaali Wal-Ikraam). 

Sahabat. Tegaskanlah keyakinanmu dengan ALLAH. Usahlah engkau bersedih… 

Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh Syurga yang telah dijanjikan kepada kamu. (Mafhum Surah Fussilat:30 – link)

…kerana apabila kita teguh iman dan cukup taqwa, malaikat ALLAH akan turun buat kita memujuk kita! Bukankah itu perkara yang menggembirakan? Bahkan janji syurga itulah kesenangan yang paling hebat dari ALLAH subhanahu wataala. 

Akhir kata. Sahabat, bergembiralah. Ukirlah senyuman pada mukamu. Hilangkanlah gusar di hatimu. Kerana kita adalah insan Muslim dan Mu’min yang bertaraf ummah yang terbaik di muka bumi ALLAH ini! 

Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman) dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang-orang yang fasik. (Mafhum Surah Ali ‘Imran: 110 – link)

Unwritten

1

I love this song!

Before you jump to any conclusions, jump first to my commentary.

Unwritten

Singer: Natasha Bedingfield

I am unwritten, can’t read my mind, I’m undefined
I’m just beginning, the pen’s in my hand, ending unplanned

click here for full lyrics


My Commentary

How often have you felt down? How often have you felt that you failed so miserably? How often do feel so useless that you wonder at your own purpose in life?
(more…)

Go to Top